MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THE BLOG!

ads


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Najib antara 25 pemimpin dunia paling aktif berhubung di Twitter


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller. 

Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter. 

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada  254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka. 

Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" -- hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter. 

Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'.
       
Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global. 

baca semua | sinar 28 July 2012



Fujitsu Computer Systems Corporation